Coretan cenderahati


22/12/16

Untuk Memudahkan Pelanggan Kami, Sila la lawati web katalog produk cenderahati rotan dan Produk cetak Yang Lebih tersusun.
Pelbagai cenderahati dan Bakul boleh di dapati secara tersusun,


New Business Venture

Assalam, Sila lah lawati Page dan website Biz Kami yang baru, Biz Percetakan

Service Kami !!!
Banner Bunting 
T Shirt, 
Cenderahati 
Sticker (kereta/ doorgift/ large format/ dll )
Kad Kahwin      Biz Card          Label Baju       Mug / Button Badge
dan Lain-lain Khidmat percetakan

lawati: 

www.akucetak.com.my (website)





Al kisah Fenomena Bakul Baby Awal ashaari dan Scha


sumber gambar dari customer I, 



TEMPAHAN SERKUP LAMPU






Tempahan Custome made Baby basket-  PET BASKET by Nina Sarah , subang Jaya

Hari ni menerima tempahan basket custome size, dari customer di subang Jaya ...tempahan bakul baby tetapi katanya untuk di jadikan PET Basket










16/11/13
Alhamdulillah...Cenderahatirotan On The Net

Tiba-tiba rajin untuk Browse internat ni tentang produk cenderahatirotan... Rupa-rupanya ramai blogger yang beli dan put review pasal produk yang mereka beli dan berpuashati... U all boleh la baca review ex customer I yang dah beli produk cenderahatirotan.... This Shows that I am a genuine business owner.... Jangan susah hati la berurusan dengan cenderahatirotan ni.  I share kan link blog blog tu ye:

Blog baby Rayyan
Cerita Blog 2
Cerita Blog 3
Ada Yang buat Prop bakul cenderahatirotan

U all click la untuk baca review ex customer I....  Thanks kepada mereka... P.S: I pun tak tahu sehingga i browse internat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
16/10/13
Mengapa Harga agak Mahal

Huhhh...susah juga nak berniaga dan menganyam bakul rotan ni di kala Harga rotan mentah. rotan anyam naik mendadak, disebabkan kekangan kerajaan Indonesia mengharamkan pengesportan rotan mereka. Bekalan di Malaysia terputus. Banyak pengusaha rotan tak meneruskan aktiviti menganyam, bukan kerana malas tetapi kerana ketiadaan rotan.

Saya masih bernasib baik kerana boleh lagi mendapat bekalan rotan ni...Tapi..Adoiiii....harganya teramat tinggi dari RM12 sekilo naik kepada RM25-30 sekilo. Pun begitu saya masih lagi cuba mengawal harga bakul dengan keuntungan yang minima.

Apapun seperti mana bakul baby....U all masih boleh cek di Internat...adalah antara termurah....tapi jangan la bandingkan dengan bakul baby China...buatan mereka dari buluh dan jerami....boleh tahan kurang setahun saja...Yup nampak cantik...sahaja tetapi dalam setahun dah rosak... buluh yang rapuh...itu pun harganya hanya 10-20% je murah... Anyway the choice is yours...

Seperti bakul telur lepas...harga 95 sen tu  adalah yang termurah U all boleh dapat rasanya... Kalau browse kat Internat ...semuanya RM1.50 keatas...

Tetapi apa boleh buat harga Rotan melambung naik ..".tak dapek den nak nolongnya"
......................................................................................................................................................

17/5/13

Hari ini bermula saya membuat coretan berkenaan cenderahati. Sebagai coretan pertama saya kepilkan gambar delivery bakul yang dibuat pada puan Jamia dan Lydia... Yeah habis penuh kereta saya dengan parcel yang hendak di hantar menggunakan Airpak express

Alhamdulillah parcel selamat sampai keesokan harinya dengan selamat... sms terima kasih dari puan Jamia...a very good customer... cian kat akak ni... mula-mula takut nak oder online so i suggest aje beli sikit dulu...then tambah kuantiti... Alhamdulillah selepas 3 kali delivery...selamatlah dia terima 112 unit  bakul hamper tu....

"Salam En  Sham.... Alhamdulillah bakul selamat sy terima...Harap kalau ada oder lagi en sham tak serik untuk terima ye...TKasih".. sms dr puan Jamia..
Parcel yang siap untuk di hantar


Hamper Yang di hasilkan Puan Jamia


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MOMENT WITH BABY BASKET
PICTURE GALLERY- SUMBANGAN CUSTOMER YANG HAPPY
Yeah , disini dipaparkan gambar baby basket yang di sumbangkan pelangan yang sangat berpuas hati dengan baby basket .

Gambar gambar ni boleh dijadikan idea kepada anda bagai mana untuk menghias baby basket dan dapat idea cara penggunaannya


Bakul kat atas ni yang di beli dan di hias sendiri puan Jerina, semenyih
Canik kan....saya tak pandai lah nak Hias ye...anyam sahaja boleh



Bakul yang dibeli oleh Puan Azmah.... KL... Dia buat bisnes Majlis Berendoi... tu kira dia decorate jadi macam bakul berendoi baby la


Simple decoration baby non cover


Yang Ni Bakul baby , tak susah customer tu buatkan tilam dari comforter lama saja potong dan jahit jadikan lapik tilam


Yang ni siap pasang fan bateri operated untuk baby Orked by mamanya Putri
KL

Sample decorated of Baby non Cover (A/A)


Bought dan decorated by Cik Majidah Untuk Anak sedaranya, Baby Rayyan 
Siap ada blognya




Gambar Rayyan dalam Baby Basket ( courtesy pic From Rayyan Blogspot...Thanks to the moderator)


Tak perlu decoration yang melampau...cukup dengan tilam dan bantal yang comel...(pic. dari pelanggan - Perlis)



A lovely bondage- (place your baby by your sight all the time)
Datuk menjaga cucunya

Post Use- selepas baby guna --ada juga yang guna untuk Pet kesayangan mereka Hahahah....kucing pun boleh tumpang sekaki.....tapi lepas baby besar la ye encik Miau

Untuk PET ni sebenarnya saya ada buat khas....  ianya kecil sedikit saiznya....itu pun custom made...ada orang order baru buat... Ada beberapa customer juga beli.... Nanti la bila senang saya buat sample satu...